Salam.. Hye everyone... Pakcik ku yang tersayang telah pergi meninggalkan kami dan pergi menghadap Ilahi pada 14hb July 2012 (Sabtu) pada pukul 4.45 petang... Terasa sebak yang teramat.. Ak baru je jumpa dia genap seminggu yang lalu.. sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan.. Dia seorang yang sgt disayangi dan disenangan oleh semua orang..
Hari Sabtu yang lalu, ak g PPD sb ada bengkel kecemerlangan UPSR.. Sgt gembira sebab boleh balik awl.. kul 10.30 pagi da smpi umah.. kira2 pukul 2, mak ajak g mkn2 dirumah kawan dia.. selepas mkn, mak terima panggilan telefoan dari adiknya yg mengatakan pakcik ku (abang emak) dimasukkan ke hospital untuk operation jantung. Mungkin minor operation dan risiko cuma 5% je, katanya.. mak bertanya dimana dan kami bergegas ke Regency Hospital.. Baru hendak memasuki perkarangan hospital, adik mak telefon lagi.. kali ini, dia mengatakan bahawa abangnya telah tiada.. ketika itu hujan renyai.. sayu dan sebak hati ini.. di lobi hospital, kami disambut dgn anak2 sepupu ak dengan mata yang basah.. kakak sepupu ak ckp "Jgn menangis. Kesian atuk. Redhakan pemergian dia." ak tau, walaupun tiada setitikpun air mata dimukanya, dlam hati sgt bergelora. Manakan tidak, sebelum operation arwah boleh berjalan dan bercakap seperti biasa.. Tiada siapa yang dapat melawan kehendakNya. Arwah meninggal kerana terkena serangan jantung ketika sedang di operate.. Innalillah...
Kami menunggu di luar bilik bedah dan jenazahnya dipindahkan ke ICU.. disana kami menatap wajah yg sebelum ini sentiasa tidak lokek dengan senyuman.. Kini, matanya terkatup rapat.. Bibir yg biru.. kaku diatas katil.. semua menahan sendu.. tiada kata yang dapat diluahkan.. pemergiannya sgt pantas.. ak masih ingat dengan suaranya, cara dia melayan kami dengan baik.. segalanya msih segar diingatan..
Malam itu setelah pulang kerumah, ramai yang telah menanti untuk menziarah. Orang tidak putus2 hadir sehingga keesokkan hari.. semua tidak menyangka..
Yang pasti, dia adalah pakcik yang sangat ak kagumi, yang sangat ak sayangi. Dia seolah2 bapa kedua bagiku. Semoga ronya ditampatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga ahli keluarganya tabah dan cekal menghadapi dugaan yang diberi. AMIN~
p/s: masih igt lg pesanan arwah cik usi pada raya tahun lepas, "jaga mak dan abah baik2"
Thanks for reading~~ (^^)v
No comments:
Post a Comment